SEJARAH SEKOLAH
SMK Ungku Aziz
(SMKUA) berasal dari sekolah menengah kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun
1959. Pada masa itu beberapa buah Darjah Menengah Melayu ditubuhkan
masing-masing di Sabak Bernam, Parit Baru dan Sungai Besar. Kesemua
Darjah Menengah Melayu ini digabungkan dan di tempatkan di bangunan lama
sekolah Melayu Sabak Bernam. Tapak bangunan sekolah ini telah dijadikan
sebagai tapak masjid Sabak Bernam yang ada sekarang.
Rasional penubuhan SMK adalah untuk memenuhi aspirasi rakyat untuk mendaulatkan cita-cita Bahasa Kebangsaan selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan. Ia juga bertujuan untuk menempatkan murid-murid luar bandar yang tidak mampu bersekolah di bandar dimana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris seperti Sekolah Dato’ Abdul Razak Tanjung Malim, Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Victoria Institution di Kuala Lumpur. Sebuah Sekolah Menengah Inggeris telah ditubuhkan di Sungai Besar, tetapi sekolah aliran Bahasa Kebangsaan masih belum wujud. Oleh yang demikian, adalah difikirkan amat perlu untuk menubuhkan sekolah ini.
Pada awal tahun
1961, kumpulan pertama pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan Sijil Menengah
Rendah. Bangunan baru sekolah menengah siap dibina pada tahun 1963
dan buat pertama kalinya pelajar sekolah ini mengambil peeperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia
Sekolah ini telah
dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran
Malaysia, Encik Abdul Rahman Talib, PJK. Pada 18 Julai 1970 nama sekolah
ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Ungku Aziz kerana pada masa itu sudah
banyak sekolah menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan. Jadi adalah
difikirkan perlu untuk menukar nama agar dapat membezakannya dengan
sekolah-sekolah yang lain dan mengenali identiti setiap sekolah menengah yang
ada di Sabak Bernam. Nama sekolah ini diambil sempena nama seorang tokoh
pendidikan yang terkenal pada masa itu, iaitu Profesor Diraja Ungku
Aziz , Naib Chanselor Universiti Malaya. Professor Diraja Ungku Aziz
sendiri telah merasmikan upacara pertukaran nama tersebut.
Pada 18 Julai
1985, SMKUA telah menyambut Jubli Perak, yang telah dirasmikan oleh Dato’ Dr
Yunus Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1992, SM
KUA telah mendapat anugerah” SEKOLAH HARAPAN NEGARA” Kategori Sekolah Menengah
Luar Bandar. Pada 7 November 2009, sambutan Jubli Emas diadakan dan dirasmikan
oleh Dato Dr Anwar Ridhwan, sasterawan Negara. Mulai tahun 2011 sebuah bangunan
baru 4 tingkat menempatkan 3 buah makmal sains, makmal ERT dan 16 bilik darjah
mula beroperasi.
kredit dari link blog:
http://smkungkuazizsabakbernam.blogspot.my/
kredit dari link blog:
http://smkungkuazizsabakbernam.blogspot.my/
0 comments:
Post a Comment